BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 3, 2010

|| happy birthday mama ||

Buat mama yang sangat akak sayang

Pertama sekali akak nak wish happy birthday mama yang ke....erm,, brape ek.. lupa la ma, sory. Ok kot akak tak inform dalam blog ni mama punya age ek coz my mama is always muda mudi k. Mama sorry sebab sampai tahun ni kita masih lagi berjauhan kan mama. Rindunya tuhan ja yang tahu. Smalam akak dah buat reminder siap-siap sebelum mata ni terpejam. Tak nak tertinggal lagi untuk wish kat mama macam tahun-tahun yang lepas, akak selalu terlupa tarikh birthday mama. Malu sangat bila tersedar mama punya birthday da sebulan pun berlalu. Tapi untuk tahun ni akak janji mama, anak mama takkan lupa lagi.

Mama,

tahun-tahun yang sebelum ni, macam biasa tak da special hadiah pun buat mama punya birthday. Maaf mama, jangankan yang mahal-mahal, yang sebesar kotak cincin pun akak mengaku akak tak dapat nak hadiahkan buat mama. Anak mama ni memang teruk. Tapi akak tau mama faham kan ma, Cuma pada akak, hadiah akak pada mama tahun ni adalah senyuman n kebahagiaan . dan akak janji tak kan ada lagi air mata mama lepas ni. Da cukup banyak air mata basah kat pipi bila mama pendam marah mama, bila mama simpan sakit mama sorang-sorang tanpa akak kat sebelah mama. Hati mama akak tak penah ambik tau. Akak minta maaf banyak-banyak sangat mama. 23 tahun akak tinggal mama sorang-sorang. Dan selama tu akak tak penah nampak mama menangis. Mulanya akak fikir mama memang tak kisah dengan anak mama ni yang selama 23 tahun tak penanh membesar di depan mata mama. Akak fikir tiap kali akak menangis dengan masalah, mama tenang, mama biasa ja berdepan dengan perangai akak. Bermula tanggapan yang tak baik akak buat pada mama akak sendiri.

“mama memang tak sayang aku”

“mama bukan ambil kisah pun dengan anak dia”

“aku boleh hidup la tanpa mama”

Ya Allah, bukan. Salah fikiran aku.

Memang mama tak menangis depan aku. Sebab mama dah letih menangis,, meraung,, 23 tahun yang dulu. Bila mama balik ke KL dengan hanya membawa selimut baby. Bukan membawa balik anak yang dikandungnya selama 9 bulan 10 hari. Abah cakap mama menangis sepanjang jalan dari perlis ke KL, mama tak ubah seperti ibu yang anaknya mati selepas lahir. Akak dapat rasa mama,perit hidup mama tanpa akak masa tu. Kalau aka kat tempat mama sekalipun akak akan dapatkan balik anak kandung akak dan akak nak dia membesar dalam pelukan akak sendiri. Tapi mama kaka bukan macam tu. Mama terlampau sabar, sabar sehingga usia aka 23 tahun. Sabar pada pihak-pihak tertentu sampaikan mama hampir hilang akak. Mama semacam tak wujud dalam hidup akak. Apa yang akak jalani setiap hari tak pernah akak kongsi bersama mama. Susah senang jerit perih akak cuba lawan sendiri. Kita makin jauh. Sebulan tak bertanya khabar itu biasa.msg akak pada mama tak berbalas itu biasa, cuti raya akak sedaya upaya cuba singkatkan sebab tak selesa bila mama ada di kampung. Kita jarang berbual, jarang makan sekali, jarang duduk bersembang apalagi bergelak tawa kat ruang tamu.akak tak jadi diri sendiri bila mama balik. Mama dah jarang bersembang,sorang kat bawah dan sorang lagi kat atas. Masing-masing dah tak tau apa yang anak beranak patut buat bila berjumpa. Akak nak mama senyum dan teman akak baca majalah, bergosip, bergelak, dan akak tau mama pun nak juga kan ma!

Ma,

Ampunkan akak

Akak malu pada Dia kat atas. Malu pada abah, malu pada diri sendiri. Anak mama tak sempurna ma, akak tak malu nak akui yang akak bukan anak terbaik buat mama. Anak perempuan tunggal mama ni banyak dosa, banyak yang mama tak tau pasal akak, tapi akak tak nak mama luka lagi. Cukup akak kata kan yang akak cuba untuk jadi yang terbaik dan bahagia kan mama. Mama terima pilihan hati akak dengan hati yang terbuka pun dah cukup buat akak fikir kenapa akak sanggup fikir mama benci pada anak sendiri. Bersungguh nya mama jadi orang penting masa kenduri hari tu buat akak menangis sorang sorang dalam bilik sambil akak peluk kuat-kuat gambar mama. Sedangkan bilik kita bersebelahan saja. Kenapa anak mama ni tak kuat untuk berjalan ,ketuk pintu bilik mama, cakap pada mama “ma, akak sayang mama malam ni,esok,lusa dan sampai akak tutup mata pun akak tak kan berenti sayang mama” lepas tu akak nak peluk mama kuat-kuat, cium mama banyak-banyak.

Mama, akak janji akak tak kan buat mama akak nangis lagi, akak nak mama senyum dan happy macam sekarang. Akak dapat rasa mama dah makin bahagia sebab mama dah dapat balik anak mama yang hilang 23 tahun yang dulu. Dan mama, mama tahu tak... ini lah hadiah akak buat mama kesayangan akak pada hari jadi mama tahun ni. Anak mama takkan hilang lagi. Tak kan lagi.

Happy birthday mama.

Mama yang paling cantik buat akak, mama yang paling memahami akak, mama adalah syurga akak dunia dan akhirat.

Amin.















1 comments:

Anonymous said...

blik rya ni uat lah ya kak...
trharu abg bca...
abg pon rsa brslah gak kat mak...